Sunday, 27 May 2012

pihak yang terlibat dalam pembinaan

Pihak-pihak Yang Terlibat Di Dalam Industri Pembinaan

Projek ialah satu proses atau aktiviti yang melibatkan gabungan penggunaan sumber manusia dan bahan-bahan bagi tujuan untuk menyiapkan sesuatu kerja. Terdapat dua peringkat utama dalam perlaksanaan projek iaitu pra-kontrak dan pasca kontrak.

Peringkat pra kontrak adalah melibatkan aktiviti dari mula projek termasuk proses rekabentuk sehingga proses tender. Manakala peringkat pasca kontrak adalah melibatkan dari proses penyerahan tapak sehingga proses pengeluaran perakaun muktamad.

Terdapat pelbagai pihak yang terlibat dalam perlaksanaan sesuatu projek yang boleh dikategorikan sebagai pihak utama atau key players dan pihak sampingan.

Pihak utama ini terdiri daripada pihak-pihak seperti Klien, Arkitek, Jurutera Awam & Struktur, Jurutera Mekanikal & Elektrikal, Juruukur Bahan dan Kontraktor. Manakala pihak-pihak sampingan iaitu pihak yang terlibat secara tak langsung terdiri seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT),  Pembekal, Institusi Kewangan dan Lain-Lain.

Pihak-pihak utama seperti yang dinyatakan tadi, merupakan pihak yang penting dan menjadi kunci kejayaan kepada pelaksanaan sesuatu projek. Ringkasan tanggungjawab pihak-pihak tersebut adalah diringkaskan seperti berikut:

(i) Pihak Klien.

Pihak klien atau gunawan, adalah pihak yang juga dikenali sebagai pemilik atau pemunya. Ia  bertanggungjawab untuk menyediakan peruntukan atau bajet. Pihak klien ini boleh terdiri daripada pihak kerajaan atau swasta. Pihak klien ini mempunyai objektif utama iaitu  mana-mana projek yang dijalankan hendaklah disiapkan dalam masa ditetapkan dan tanpa ada kelewatan serta pertambahan kos. Selain itu  kualiti kerja yang diperolehi mestilah dalam keadaan yang sempurna.

(ii) Pihak Arkitek

Pihak arkitek adalah pihak yang bertanggungjawab untuk menyediakan rekabentuk bangunan berdasarkan peruntukan dan kehendak yang disediakan oleh klien. Ia juga akan bertindak mengawasi perlaksanaan projek daripada tarikh milik tapak sehingga berakhirnya tempoh kecacatan kerja (DLP).

(iii) Pihak Jurutera Awam & Struktur

Pihak Jurutera Awan & Struktur adalah pihak yang bertanggungjawab untuk menyediakan rekabentuk struktur bangunan tersebut berdasarkan lukisan-lukisan yang dikeluarkan oleh pihak arkitek. Selain itu, ia juga bertindak untuk mengawasi dari segi perlaksanaan kerja-kerja yang melibatkan pembinaan struktur sepanjang tempoh pembinaan.

(iv) Pihak Jurutera Mekanikal & Elektrikal

Pihak Jurutera Mekanikal & Elektrikal adalah pihak yang bertanggungjawab untuk menyediakan rekabentuk keperluan mekanikal dan elektrikal berdasarkan lukisan-lukisan yang dikeluarkan oleh pihak arkitek. Selain itu, ia juga bertindak untuk mengawasi dari segi perlaksanaan kerja-kerja yang melibatkan mekanikal dan elektrikal sepanjang tempoh pembinaan.

(v) Pihak Juruukur Bahan

Pihak Juruukur Bahan adalah pihak yang bertanggungjawab untuk menguruskan pentadbiran kontrak daripada mula projek sehinggalah berakhir tempoh kecacatan kerja (DLP) termasuklah kerja penyediaan Senarai Kuantiti (BQ), Laporan Penilaian Tender, Pembayaran Interim, Pengurusan Perubahan Kerja (VO) dan Pengeluaraan Perakuan Muktamad Kerja. Selain itu, ia juga bertindak untuk menasihatkan klien dari segi kewangan bagi mengelakkan kos projek menjadi bertambah berbanding dengan peruntukan asal

(v) Pihak Kontraktor

Pihak kontraktor ialah pihak yang telah dilantik oleh pihak klien menerusi proses penilaian tender yang dijalankan oleh Perunding Ukur Bahan. Ia adalah bertanggungjawab untuk menyiapkan kerja berdasarkan tawaran harga yang diterima dan tempoh masa yang ditetapkan berdasarkan lukisan-lukisan yang dikeluarkan oleh pihak arkitek dan jurutera. Sekiranya, pihak kontraktor gagal menyiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan dengan tanpa alasan yang munasabah. Besar kemungkinan, ia akan dikenakan tindakan denda LAD atau penamatan kerja.

Pihak-pihak lain atau sampingan yang berada di dalam industri pembinaan juga adalah pihak yang terbabit secara tak langsung dan saling berkait antara satu sama lain. Antara pihak-pihak lain tersebut adalah seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Institusi Kewangan dan Pembekal.

Contohnya seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti Majlis Daerah/ Perbandaran, Syarikat Air, Bomba, Tenaga Nasional, Telekom atau Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) berperanan supaya projek yang akan dijalankan dapat dilaksanakan mengikut peraturan dan tidak menggangu kepentingan awam. Manakala, pihak insititusi kewangan seperti pihak bank atau syarikat insuran berperanan untuk menawarkan pembiyaan darisegi  kewangan agar pihak kontraktor dapat meneruskan projek tanpa gangguan kewangan. Pihak pembekal pula, ialah pihak yang bertanggungjawab untuk membekal keperluan bahan dan mesin kepada kontraktor agar perlaksanaan kerja di tapak juga akan berjalan lancar.

Kesimpulannya, penglibatan ramai pihak yang merangkumi pihak-pihak utama dan pihak sampingan akan menjadikan perlaksanaan sesuatu projek tersebut perlu dikendalikan secara profesional. Ini adalah kerana untuk mengelakkan timbul sebarang masalah.

projek penswastaan

Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) dan Projek Penswastaan

Unit Kerjasama Awam dan Swasta atau lebih dikenali sebagai UKAS telah ditubuhkan pada tahun 2009 dan diletakkan di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Tujuan UKAS ditubuhkan bagi mengerakkan dan sebagai pemangkin untuk pelaksanaan projek secara penswastaan yang dilaksanakan secara bersama diantara pihak kerajaan dan juga swasta.

Kaedah Penswastaan mengikut sejarah telah bermula pada tahun 1981 dimana ketika itu dasar pensyarikatan telah diperkenalkan.yang bertujuan bagi mengalakkan kerjasama antara sektor awam dan swasta.

Seterusnya bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi dan Rancangan Malaysia RMK-10, pihak kerajaan Malaysia telah menekankan konsep secara penswastaan bagi tujuan mengurangkan belanja pembangunan yang perlu ditanggung oleh pihak kerajaan. 

Dalam pelaksanaan projek secara penswastaan, syarikat-syarikat yang dilantik akan melaksanakan projek dengan pembiyaan sendiri. Manakala hasil pendapatan yang diperolehi oleh syarikat tersebut adalah melalui perjanjian konsesi setelah projek tersebut siap.

Sebagai contohnya, sekiranya satu syarikat telah dilantik untuk melaksanakan projek pembinaan asrama pelajar universiti, syarikat tersebut akan melaksana projek pembinaan dengan menggunakan pembiyaan sendiri, manakala hasil pendapatan syarikat tersebut, hanya akan diperolehi dengan perjanjian konsesi untuk menguruskan asrama tersebut dengan tempoh-tempoh tertentu, misalnya selama 25 tahun. 

Hasil dari konsep penswastaan, telah terbukti dengan terjemahan pelbagai projek yang telah siap bagi kepentingan awam seperti pelaksanan pembinaan Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Pelabuhan Tanjong Pelepas,  Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sistem Transit Aliran Ringan (LRT), Double Track Keretapi dan lain-lain yang ada dalam proses pembinaan.

Kejayaan pelaksanaan konsep penswastaan telah berjaya meringankan beban perbelanjaan pembangunan yang ditanggung kerajaan, selain itu, ia telah mengurangkan perbelanjaan pentadbiran kerajaan dimana sebanyak 58 agensi kerajaan telah diswastakan yang melibatkan pemindahan 113,440 orang daripada kerajaan kepada sektor swasta.


(sumber: Laman web Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) http://www.ukas.gov.my

faktor kejayaan dan kegagalan dalam tender

http://ratol.jkr.gov.my/


Faktor-faktor Kejayaan Kontraktor Dalam Memenangi Tender

Ini sekadar pandangan bebas berdasarkan analisa-analisa terhadap kontraktor yang berjaya memenangi tender dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
  1. Mempunyai pengalaman kerja yang serupa dengan kerja yang akan ditawarkan
  2. Mempunyai prestasi kerja yang baik bagi projek-projek sebelum ini
  3. Pejabat atau lokasi petender terletak berhampiran dengan kawasan yang akan dilaksanakan projek kelak
  4. Mempunyai tenaga pekerja dan teknikal yang mencukupi
  5. Mempunyai keupayaan loji dan mesin yang mencukupi seperti lori, backhoe, mixer dan lain-lain
  6. Mempunyai keupayaan kewangan yang tinggi dari segi pemilikan aset dan kecairan wang   
  7. Melengkapkan segala keperluan memasuki tender seperti mengisi 'borang tender' 
  8. Tidak mempunyai bilangan kerja semasa yang banyak ketika tender ditutup
  9. Tempoh pendaftaran syarikat bersama Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) masih sah

Ahad, 18 Disember 2011

Faktor Kegagalan Kontraktor Dalam Proses Penilaian Tender

Terdapat beberapa faktor yang telah dikenalpasti yang menyebabkan kegagalan kepada kontraktor ketika penilaian laporan analisa tender yang seperti berikut:

  • Gagal menurunkan tandatangan pada borang tender (Form of Tender)
  • Gagal meletakan tempoh siap kerja pada borang tender (Form of Tender)
  • Penandatangan untuk borang tender adalah terdiri daripada individu yang tidak diberi kuasa 
  • Gagal mengemukakan salinan penyata akaun terkini syarikat misalnya dalam tempoh 3 bulan terakhir
  • Gagal mengemukakan senarai terkini pengalaman kerja serta senarai kerja di dalam tangan
  • Tempoh pendaftaran syarikat bersama Pusat Khidmat Kontrak (PKK) atau Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) telah tamat tempoh ketika tarikh tutup tender
  • Tidak memiliki pengalaman kerja yang berkaitan dengan kerja yang ditawarkan, contohnya, sekiranya, kerja yang ditender adalah berkaitan dengan pembinaan jambatan, kontraktor yang masuk tersebut mempunyai latarbelakang pengalaman berkaitan pembinaan bangunan, maka ia sukar untuk dipertimbangkan
  • Tidak mempunyai bilangan kakitangan teknikal yang mencukupi, misalnya untuk projek Kelas A, syarikat kontraktor perlu mempunyai beberapa orang pekerja teknikal yang mempunyai kelayakan dalam bidang ikhtisas pembinaan
  • Tidak mempunyai kelengkapan loji yang mencukupi
  • Mempunyai terlalu banyak bilangan kerja semasa di dalam tangan
  • Mempunyai masalah prestasi kerja yang buruk ditempat lain
  • Mempunyai kecairan modal yang lemah
  • Tidak mengisi dan melengkapkan borang Integrity Pact

Panduan Ringkas Kepada Kontraktor Apabila Memasuki Tender

PANDUAN KEPADA PENTENDER


Maklumat ini adalah bertujuan bagi membantu pentender-pentender dalam mengemukakan satu tender yang lengkap dan tanpa sebarang kesilapan bagi membolehkan tender diperakukan kepada lembaga perolehan.

  • Semua pentender adalah dinasihatkan supaya menggunakan senarai semakan yang disediakan oleh pihak jabatan bagi menyemak tender sebelum menyerahkan kembali atau memasukkan dokumen tender kedalam peti tender. Pentender perlu kepilkan senarai semakan yang telah diisi lengkap bersama dokumen tender. 
  • Adalah menjadi tanggungjawab pentender sepenuhnya bagi menentukan lengkapnya sesuatu tender yang dikemukakan. Sila semak melalui Dokumen Meja Tawaran yang dipamirkan. Jika berlaku percanggahan sila maklumkan segera kepada pegawai berkaitan untuk tindakan.

Perkara-perkara WAJIB yang mesti diberi perhatian oleh para pentender sewaktu mengemukakan tender adalah seperti berikut 

A ~ Mengisi lengkap Borang Tender JKR 203B/203C
  • Menyatakan tempoh siap kerja mengikut minggu atau jika ditetapkan oleh jabatan tidak boleh dipinda.
  • Pastikan mengisi amaun tender ditulis dengan perkataan dan angka dengan betul      
  • Menandatangani borang tender oleh pegawai syarikat yang ditauliahkan seperti dinyatakan didalam sijil pendaftaran PKK.
  • Menurunkan cop syarikat
  • Menurunkan tandatangan saksi dan maklumat saksi.
B~ Mengemukakan maklumat kewangan syarikat
  • Salinan akaun syarikat yang diaudit oleh juruaudit bertauliah bagi dua (2) tahun terakhir (bagi Syarikat Sdn Bhd) ATAU
  • Salinan penyata bulanan akaun bank bagi tiga (3) bulan terakhir dari tarikh tutup tender ATAU
  • Laporan bank / institusi kewangan mengenai kewangan pentender yang terkini

C~ ANALISA TENDER

Secara umumnya, analisa tender dikelaskan kepada beberapa peringkat utama iaitu seperti berikut :
  • Analisa Kesempurnaan Tender
  • Analisa Kecukupan Dokumen Wajib
  • Analisa Kecukupan Modal
  • Analisa Pretasi Kerja Semasa Pentender 
C1~ ANALISA KESEMPURNAAN TENDER

Analisa Kesempurnaan Tender meliputi aspek seperti berikut :
  • Borang tender JKR 203B/203C ditandatangani oleh pegawai syarikat/ pegawai yang ditauliahkan seperti dinyatakan di dalam sijil pendaftaran PKK.
  • Harga tender tercatat pada Borang JKR 203B/203C.
  • Pendaftaran PKK dan CIDB pentender masih sah semasa penilaian tender dibuat.
  • Tender dikira tidak sempurna dan ditolak sekiranya salah satu kriteria kesempurnaan tender di atas tidak dipenuhi.
C2~ ANALISA KECUKUPAN DOKUMEN WAJIB

Pada peringkat ini, pentender perlu mengemukakan beberapa dokumen wajib bagi membolehkan penilaian dari segi kecukupan modal dan kerja semasa dapat dilakukan. Antara dokumen yang diperlukan adalah :
  • Akaun syarikat dikemukakan bagi dua (2) tahun terakhir dan diaudit oleh Juruaudit bertauliah ATAU
  • Penyata bulanan bank bagi tiga (3) bulan terakhir dari tarikh tutup tender ATAU
  • Laporan Bank / Institusi Kewangan dalam format Borang CA dan
  • Laporan Penyelia Projek bagi kerja semasa yang bukan kerja JKR
  • Bagi pentender yang tidak mengemukakan dokumen wajib diatas akan ditolak.

C3~ CONTOH
  • Tajuk Projek : Pembinaan Masjid Di Kg. Teluk, Bota, Perak
  • Tarikh Tutup Tender : 22hb April 2010
  • Keterangan Dokumen wajib yang perlu dikemukakan oleh pentender seperti berdasarkan contoh diatas :
1.   Akaun syarikat dikemukakan bagi dua (2) tahun terakhir iaitu akuan syarikat tahun 2009 atau 2008. Jika penyata kewangan 2007 dan ke bawah akan ditolak.

2.   Penyata bulanan bagi bulan Mac, Februari dan Januari 2010. Penyata bank bulan terakhir iaitu bulan Mac 2010 adalah WAJIB bagi membolehkan purata bagi akaun tiga (3) bulan tersebut dapat dikira. Sekiranya pentender tidak mengemukakan penyata bulan Mac 2010 sebaliknya hanya mengemukakan penyata kewangan bulan Februari 2010, Januari 2010 dan Disember 2009,nilai purata penyata bulanan dikira kosong (0) .
  1. Laporan Bank / Institusi Kewangan dalam format Borang CA terkini
D~ ANALISA KECUKUPAN MODAL

Kecukupan modal bagi setiap pentender dikira berdasarkan maklumat kewangan yang dikemukakan oleh pentender. Modal minima yang dibenarkan bagi suatu tender dikira berdasarkan 3% dari kerja pembina Anggaran Jabatan.

D1~ Contoh :
  • Anggaran Jabatan = RM 2,000,000.00
  • Jumlah Peruntukan Wang Kos Prima = RM 50,000.00
  • Jumlah Wang Peruntukan Sementara = RM20,000.00
  • Kerja Pembina = RM2,000,000.00- ( RM50,000.00 + RM20,000.00) = RM 1,930,000.00
  •  Oleh itu Modal minima yang dibenarkan = 3% X RM1,930,000.00 = RM57,900.00
  • Tender akan dikira gagal sekiranya modal pentender lebih rendah dari nilai modal minima yang dibenarkan iaitu kurang daripada RM57,900.00
  • Kerja Pembina = Anggaran Jabatan – (Wang Kos Prima + Wang Peruntukan Sementara)

E~ ANALISA PRESTASI KERJA SEMASA PENTENDER

Pada peringkat ini, analisa hanya dibuat bagi pentender yang mempunyai kerja semasa dalam tangan sahaja. Prestasi kerja semasa ditentukan berdasarkan peratus kerja yang dijadualkan berbanding peratus kerja sebenar di tapak.Ianya dikelaskan samada cemerlang, memuaskan atau tidak memuaskan. Pentender mesti mengemukakan laporan kerja semasa bagi projek bukan JKR (sekiranya ada) oleh pegawai penyelia projek .Tahap prestasi kerja semasa dinilai seperti berikut:

a ) Cemerlang – peratus kemajuan sebenar melebihi jadual

b) Memuaskan - peratus kemajuan sebenar bersamaan dengan jadual

c)Tidak memuaskan (sakit) - peratus kemajuan sebenar terkebelakang 30% daripada jadual

Bagi pentender yang mempunyai projek semasa tetapi prestasi tidak memuaskan (sakit) tidak akan dipertimbangkan.

kos incubator

Kos untuk membina "Incubator Storage"

Salam, saya ingin berkongsikan kos untuk membina sebuah incubator "storage" seperti post yang sebelum ini. Di bawah ini juga, saya senaraikan barang-barangan yang diperlukan bagi menghasilkan sebuah incubator. ( senarai tersebut berdasarkan harga barang di tempat saya )

1. Lampu 45w (Philips) x 4 = RM 8.80 ( jenis yang lain tiada stok, ada yang besar je )
2. PVC Socket x 2 = RM1.80 ( tak penting, sekadar nk letak termostat dlm bekas je )
3. Wire 5m = RM 2. 50 ( boleh guna wayar yang lama kalau dah ada )
4. Lamp Holder x4 = RM 6 ( beli 4, guna hanya 3 sahaja sebab lampu besar sangat )
5.13 AMP Switch x1 = RM 3.50 ( tak penting, sekadar nk buat soket tambahan letrik shj )
6. Termostat + accessories = RM55
7. Plastic storage box = RM 10
8. Bahan lain, cth skrew dll = RM5

Jumlah keseluruhan = RM92.60
Peratus penetasan = belum pasti

Punca telur tidak menetas

Punca telur tidak menetas

Assalammualaikum dan selamat tahun baharu.
hari ini saya nk kongsikan sedikit tentang satu artikel yang saya jumpa dari blog anggerik agro farm, satu artikel yang sangat menarik dan berinformasi untuk dikongsikan.

artikel ini 100% dari blog anggerik agro farm, tiada sebarang pengubahsuaian ;)


PUNCA-PUNCA TELOR TAK MENETAS ATAU JANIN AYAM MATI 
DI PERINGKAT  AKHIR  PENGERAMAN

                KEMUNGKINAN SEBAB-SEBABNYA

            1.         Setting yang tidak betul pada pada incubator disebabkan oleh 
                         kerosakan atau salah setting.

-                      Jika menggunakan incubator tersebut sebagai pengeram dan juga penetas, perubahan setting pada suhu dan kelembapan hendaklah dibuat pada 3 hari terakhir dari jangka tarikh menetas

              2.         Kelembapan

-                      Jika kelembapan terlalu tinggi pada peringkat pengeraman, anak ayam boleh lemas didalam ruang udara telor tersebut. Jika anak ayam itu hidup, ia akan kelihatan bengkak dan terlalu besar.
-                      Jika kelembapan terlalu rendah diperingkat pengeraman , anak ayam akan mati di kecut oleh membrane  yang mengering dan melekit, menjadikan anak ayam sukar untuk berpusing didalam cengkerang.

             3.         Suhu

-                     Jika perubahan suhu yang tinggi dari normal berlaku didalam peringkat pembesaran, anak ayam akan mati dalam masa yang singkat sahaja. Jika ada yang berjaya menetas, kemungkinan ia terselamat kerana ada kawasan sejuk didalam incubator tersebut.
-           Jika telur menetas terlalu awal, kemungkinan suhu incubator diperingkat pengeraman adalah tinggi dari 37.5C
-                      Jika telur lewat menetas, itu tanda suhu incubator pada  peringkat pengeraman adalah terlalu rendah atau telor tersebut pernah mengalami cuaca sejuk diperingkat pengeraman.


             4.         Memusing telor

-                     Jika telor masih dipusing pada peringkat 3 hari terakhir, kemungkinan mengakibatkan baki kuning telor berpintal yang menghalang penyerapan makanan dan berlaku kebuluran pada anak ayam tersebut. Penetasan juga menjadi lebih sukar jika kuning telor tidak diserap sepenuhnya.




  5.        Kelebihan Kalsium


-                     Jika Ibu ayam memakan makanan yang banyak kalsium, telor yang dihasilkan akan berkulit tebal dengan kulit yang kasar. Ini menyebabkan kesukaran untuk menetas. 






6.         Pengengalian telor yang berlebihan

-                     Tapak tangan manusia mempunyai minyak yang boleh menutup rongga udara dan menghalang penyerapan oksigen hingga menyebabkan kematian kerana lemas. Kejadian ini terjadi apabila kulit telor kelihatan berkilat.

Penyelesaian:

-          Buat candling untuk memastikan telor ada baik dan ada benih jantan.

-         Pastikan setting incubator dalan keadaan yang betul.

-         Kawal kelembapan dalam incubator mengikut keadaan yang diperlukan


PUNCA-PUNCA  JANIN AYAM MATI DI SEMUA PERINGKAT PENGERAMAN

-          Kemungkinan incubator telah tercemar dengan pelbagai sebab.

-          Kemungkinan telor itu sendiri sudah tercemar

-      Kuning telor yang telah jadi hitam dan telor tembelang menjadi punca 
jangkitan. Janin ayam didalam telor yang lain boleh mati diperingkat 
pengeraman atau beberapa hari selepas menetas. 


PUNCA-PUNCA  TELOR MENETAS AWAL DARI TARIKH JANGKAAN 
SERTA KELAHIRAN YANG CACAT

-          Suhu incubator terlalu tinggi.

Penyelesaian - turunkan suhu incubator sekitar 0.5 C



PUNCA-PUNCA  TELOR MENETAS LEWAT DARI TARIKH JANGKAAN 

-          Suhu incubator terlalu rendah.

Penyelesaian - naikkan suhu incubator sekitar 0.5 C





PUNCA-PUNCA  TEMPOH TELOR MENETAS YANG BERBEZA-BEZA

-          Tempoh penyimpanan telor yang berbeza.

-          Suhu incubator yang tidak menentu dan berubah ubah dengan banyak

Penyelesaian 

-         Kurangkan tempoh masa penyimpanan telor. 
Segerakan telor dimasukkan kedalam incubator

-        Elakkan incubator disinari matahari atau disimpan ditempat 
yang tinggi suhu. Simpan incubator ditempat yang sejuk dan terlindung.




PERATUS PENETASAN YANG RENDAH

-           Kesilapan pada setting incubator

-          Kesihatan yang rendah pada induk ayam.

-          Tidak cukup memusing telor.

Penyelesaian 

-          Perbetulkan setting incubator

-         Tingkatkan kesihatan induk-induk ayam

-         Pastikan kelembapan yang bersesuaian dengan peringkat  pengeraman

-         Pusing telor lebih kerap lagi

Vaksin dan Cara Menggunakannya

Vaksin dan Cara Menggunakannya

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang
Assalammualaikum,
sudah berbulan-bulan lamanya saya tak update blog ini,
post kali ini akan menceritakan perihal vaksin sampar. sebaik-baiknya setiap bulan kena bagilah vaksin ini. ada beberapa tahap dan jenis vaksin, dari lemah sampailah yang kuat..
Live Vaccine Set: 

for Breeder Stock- 
1. Sterile solution 2.Disposable syringe 
3.Disposable 25G needle 
4. Lasota+IB vaccine 
5.Gumboro vaccine
6.ND+IB vaccine

For Broiler-
1. Sterile solution 

2.Disposable syringe
3.Disposable 25G needle 

5.ND+IB vaccine


Cara menggunakan vaksin
Ayam umur 2 minggu
-5 liter air

Ayam umur 4-8 minggu
-10 liter air

Umur ayam lebih 8 minggu
-20 liter air

Kalau ayam tak banyak dan bercampur umur, guna air 5 liter sudah memadai.

GUNAKAN AIR TANPA KLORIN!!

Cara nk "cairkan" vaksin.
1. Buka penutup tin kat tengah vaksin
2. Cucuk picagari/syrige kt dalam botol vaksin
3. tunggu sehingga vaksin larut dlm air (goncang atau buat la apa2 yg patut)
4. campurkan vaksin yang telah larut dalam air mengikut sukatan yang telah dijelaskan sebentar tadi.

Cara nk bagi ayam minum vaksin
1. Waktu pagi, keluarkan sumber air dalam reban
2. Bagi semua dahaga
3. Waktu petang, baru bg vaksin. baru ayam minum vaksin tu