Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) dan Projek Penswastaan
Unit Kerjasama
Awam dan Swasta atau lebih dikenali sebagai UKAS telah ditubuhkan pada
tahun 2009 dan diletakkan di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri
(JPM).
Tujuan UKAS
ditubuhkan bagi mengerakkan dan sebagai pemangkin untuk pelaksanaan
projek secara penswastaan yang dilaksanakan secara bersama diantara
pihak kerajaan dan juga swasta.
Kaedah
Penswastaan mengikut sejarah telah bermula pada tahun 1981 dimana ketika
itu dasar pensyarikatan telah diperkenalkan.yang bertujuan bagi
mengalakkan kerjasama antara sektor awam dan swasta.
Seterusnya bagi
merancakkan pertumbuhan ekonomi dan Rancangan Malaysia RMK-10, pihak
kerajaan Malaysia telah menekankan konsep secara penswastaan bagi tujuan
mengurangkan belanja pembangunan yang perlu ditanggung oleh pihak
kerajaan.
Dalam
pelaksanaan projek secara penswastaan, syarikat-syarikat yang dilantik
akan melaksanakan projek dengan pembiyaan sendiri. Manakala hasil
pendapatan yang diperolehi oleh syarikat tersebut adalah melalui
perjanjian konsesi setelah projek tersebut siap.
Sebagai contohnya, sekiranya satu syarikat telah dilantik untuk melaksanakan projek pembinaan asrama pelajar universiti, syarikat tersebut akan melaksana projek pembinaan dengan menggunakan pembiyaan sendiri, manakala hasil pendapatan syarikat tersebut, hanya akan diperolehi dengan perjanjian konsesi untuk menguruskan asrama tersebut dengan tempoh-tempoh tertentu, misalnya selama 25 tahun.
Sebagai contohnya, sekiranya satu syarikat telah dilantik untuk melaksanakan projek pembinaan asrama pelajar universiti, syarikat tersebut akan melaksana projek pembinaan dengan menggunakan pembiyaan sendiri, manakala hasil pendapatan syarikat tersebut, hanya akan diperolehi dengan perjanjian konsesi untuk menguruskan asrama tersebut dengan tempoh-tempoh tertentu, misalnya selama 25 tahun.
Hasil dari
konsep penswastaan, telah terbukti dengan terjemahan pelbagai projek
yang telah siap bagi kepentingan awam seperti pelaksanan pembinaan
Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Pelabuhan Tanjong Pelepas,
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sistem Transit Aliran
Ringan (LRT), Double Track Keretapi dan lain-lain yang ada dalam proses
pembinaan.
Kejayaan
pelaksanaan konsep penswastaan telah berjaya meringankan beban
perbelanjaan pembangunan yang ditanggung kerajaan, selain itu, ia telah
mengurangkan perbelanjaan pentadbiran kerajaan dimana sebanyak 58 agensi
kerajaan telah diswastakan yang melibatkan pemindahan 113,440 orang
daripada kerajaan kepada sektor swasta.
(sumber: Laman web Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) http://www.ukas.gov.my
No comments:
Post a Comment