Faktor-faktor Kejayaan Kontraktor Dalam Memenangi Tender
Ini sekadar pandangan bebas berdasarkan analisa-analisa terhadap
kontraktor yang berjaya memenangi tender dalam beberapa tahun
kebelakangan ini.
Terdapat beberapa faktor yang telah dikenalpasti yang
menyebabkan kegagalan kepada kontraktor ketika penilaian laporan analisa
tender yang seperti berikut:
- Mempunyai pengalaman kerja yang serupa dengan kerja yang akan ditawarkan
- Mempunyai prestasi kerja yang baik bagi projek-projek sebelum ini
- Pejabat atau lokasi petender terletak berhampiran dengan kawasan yang akan dilaksanakan projek kelak
- Mempunyai tenaga pekerja dan teknikal yang mencukupi
- Mempunyai keupayaan loji dan mesin yang mencukupi seperti lori, backhoe, mixer dan lain-lain
- Mempunyai keupayaan kewangan yang tinggi dari segi pemilikan aset dan kecairan wang
- Melengkapkan segala keperluan memasuki tender seperti mengisi 'borang tender'
- Tidak mempunyai bilangan kerja semasa yang banyak ketika tender ditutup
- Tempoh pendaftaran syarikat bersama Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) masih sah
Ahad, 18 Disember 2011
Faktor Kegagalan Kontraktor Dalam Proses Penilaian Tender
- Gagal menurunkan tandatangan pada borang tender (Form of Tender)
- Gagal meletakan tempoh siap kerja pada borang tender (Form of Tender)
- Penandatangan untuk borang tender adalah terdiri daripada individu yang tidak diberi kuasa
- Gagal mengemukakan salinan penyata akaun terkini syarikat misalnya dalam tempoh 3 bulan terakhir
- Gagal mengemukakan senarai terkini pengalaman kerja serta senarai kerja di dalam tangan
- Tempoh pendaftaran syarikat bersama Pusat Khidmat Kontrak (PKK) atau Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) telah tamat tempoh ketika tarikh tutup tender
- Tidak memiliki pengalaman kerja yang berkaitan dengan kerja yang ditawarkan, contohnya, sekiranya, kerja yang ditender adalah berkaitan dengan pembinaan jambatan, kontraktor yang masuk tersebut mempunyai latarbelakang pengalaman berkaitan pembinaan bangunan, maka ia sukar untuk dipertimbangkan
- Tidak mempunyai bilangan kakitangan teknikal yang mencukupi, misalnya untuk projek Kelas A, syarikat kontraktor perlu mempunyai beberapa orang pekerja teknikal yang mempunyai kelayakan dalam bidang ikhtisas pembinaan
- Tidak mempunyai kelengkapan loji yang mencukupi
- Mempunyai terlalu banyak bilangan kerja semasa di dalam tangan
- Mempunyai masalah prestasi kerja yang buruk ditempat lain
- Mempunyai kecairan modal yang lemah
- Tidak mengisi dan melengkapkan borang Integrity Pact
No comments:
Post a Comment