Punca telur tidak menetas
hari ini saya nk kongsikan sedikit tentang satu artikel yang saya jumpa dari blog anggerik agro farm, satu artikel yang sangat menarik dan berinformasi untuk dikongsikan.
artikel ini 100% dari blog anggerik agro farm, tiada sebarang pengubahsuaian ;)
PUNCA-PUNCA TELOR TAK MENETAS ATAU JANIN AYAM MATI
DI PERINGKAT AKHIR PENGERAMAN
DI PERINGKAT AKHIR PENGERAMAN
KEMUNGKINAN SEBAB-SEBABNYA
1. Setting yang tidak betul pada pada incubator disebabkan oleh
kerosakan atau salah setting.
kerosakan atau salah setting.
- Jika
menggunakan incubator tersebut sebagai pengeram dan juga penetas,
perubahan setting pada suhu dan kelembapan hendaklah dibuat pada 3 hari
terakhir dari jangka tarikh menetas
2. Kelembapan
- Jika
kelembapan terlalu tinggi pada peringkat pengeraman, anak ayam boleh
lemas didalam ruang udara telor tersebut. Jika anak ayam itu hidup, ia
akan kelihatan bengkak dan terlalu besar.
- Jika
kelembapan terlalu rendah diperingkat pengeraman , anak ayam akan mati
di kecut oleh membrane yang mengering dan melekit, menjadikan anak ayam
sukar untuk berpusing didalam cengkerang.
3. Suhu
- Jika
perubahan suhu yang tinggi dari normal berlaku didalam peringkat
pembesaran, anak ayam akan mati dalam masa yang singkat sahaja. Jika ada
yang berjaya menetas, kemungkinan ia terselamat kerana ada kawasan
sejuk didalam incubator tersebut.
- Jika telur menetas terlalu awal, kemungkinan suhu incubator diperingkat pengeraman adalah tinggi dari 37.5C
- Jika
telur lewat menetas, itu tanda suhu incubator pada peringkat
pengeraman adalah terlalu rendah atau telor tersebut pernah mengalami
cuaca sejuk diperingkat pengeraman.
4. Memusing telor
5. Kelebihan Kalsium
- Jika Ibu ayam memakan makanan yang banyak kalsium, telor yang dihasilkan akan berkulit tebal dengan kulit yang kasar. Ini menyebabkan kesukaran untuk menetas.
6. Pengengalian telor yang berlebihan
- Tapak
tangan manusia mempunyai minyak yang boleh menutup rongga udara dan
menghalang penyerapan oksigen hingga menyebabkan kematian kerana lemas.
Kejadian ini terjadi apabila kulit telor kelihatan berkilat.
Penyelesaian:
- Buat candling untuk memastikan telor ada baik dan ada benih jantan.
- Pastikan setting incubator dalan keadaan yang betul.
- Kawal kelembapan dalam incubator mengikut keadaan yang diperlukan
PUNCA-PUNCA JANIN AYAM MATI DI SEMUA PERINGKAT PENGERAMAN
- Kemungkinan incubator telah tercemar dengan pelbagai sebab.
- Kemungkinan telor itu sendiri sudah tercemar
- Kuning telor yang telah jadi hitam dan telor tembelang menjadi punca
jangkitan. Janin ayam didalam telor yang lain boleh mati diperingkat
pengeraman atau beberapa hari selepas menetas.
pengeraman atau beberapa hari selepas menetas.
PUNCA-PUNCA TELOR MENETAS AWAL DARI TARIKH JANGKAAN
SERTA KELAHIRAN YANG CACAT
- Suhu incubator terlalu tinggi.
Penyelesaian - turunkan suhu incubator sekitar 0.5 C
PUNCA-PUNCA TELOR MENETAS LEWAT DARI TARIKH JANGKAAN
- Suhu incubator terlalu rendah.
Penyelesaian - naikkan suhu incubator sekitar 0.5 C
PUNCA-PUNCA TEMPOH TELOR MENETAS YANG BERBEZA-BEZA
- Tempoh penyimpanan telor yang berbeza.
- Suhu incubator yang tidak menentu dan berubah ubah dengan banyak
Penyelesaian
- Kurangkan tempoh masa penyimpanan telor.
Segerakan telor dimasukkan kedalam incubator
Segerakan telor dimasukkan kedalam incubator
- Elakkan incubator disinari matahari atau disimpan ditempat
yang tinggi suhu. Simpan incubator ditempat yang sejuk dan terlindung.
yang tinggi suhu. Simpan incubator ditempat yang sejuk dan terlindung.
PERATUS PENETASAN YANG RENDAH
- Kesilapan pada setting incubator
- Kesihatan yang rendah pada induk ayam.
- Tidak cukup memusing telor.
Penyelesaian
- Perbetulkan setting incubator
- Tingkatkan kesihatan induk-induk ayam
- Pastikan kelembapan yang bersesuaian dengan peringkat pengeraman
- Pusing telor lebih kerap lagi
No comments:
Post a Comment