CARA PENTERNAK DAHULU KALA.....MARI KITA RENUNGKAN BERSAMA.
Macam ni...
Seekor induk akan bertelur sekitar 15 biji...Pilih 10 biji yang paling comel untuk dia eramkan... 5 biji lagi kumpul untuk dijual. Buat cara yang sama pada induk yang lain.
Apabila menetas, anak ayam dari 3 ekor induk dikumpulkan dan dibawa/diserahkan kepada seekor induk sahaja. Maknanya, induk ini akan bawak anak lebih kurang 25 - 30 ekor. Induk yang 2 ekor lagi dibasahkan badannya dan dikurung/ diasingkan selama seminggu. Lepas itu baru dilepaskan bergaul dengan penjantan. Lewat-lewat pun, 2 minggu selepas keluar jail, 2 induk itu akan bertelur semula.
Bagi induk yang bawak anak, dikurung dalam reban pengasingan sehingga bulu kepak anak-anaknya tumbuh dan diberi makan dedak hitam. Kalau ada 2 - 3 ekor induk yang bawak anak pada masa yang sama, elak meletakkannya dalam satu tempat. Berperang induk-induk tu.
Reban/kotak pengasingan ini yang jadi persolan sekarang
Reban pengasingan
1. Terasing dari ayam dewasa yang lain
2. Muatan/keluasan: ikut target berapa ekor anak sekali menetas. Ikut jumlah kotak pengasingan.
3. Tinggi: boleh selesa berjalan di dalamnya, tak payah tunduk.
Kotak pengasingan
1. Khusus untuk satu induk dan anak-anaknya (25 - 30 ekor)
2. Luas: ikut jumlah anak. (25 - 30 anak minima 3 kaki X 3 kaki)
3. Tinggi: 1 kaki
4. Boleh disusun bertingka-tingkat untuk jimat ruang. Bila buat cara 'rumah pangsa' pastikan kotoran dari atas tak jatuh ke kotak bawah.
5. Lepas guna 2 kali, keluarkan kotak dan bersihkan, elok sembur racun untuk elak penyakit.
Dengan cara ini, anak ayam akan jadi lebih sihat, aktif dan jimak kos. Yang kena tipu tu 2 ekor induk yang kena bertelur semula walaupun baru lepas pantang.
No comments:
Post a Comment