Pihak-pihak Yang Terlibat Di Dalam Industri Pembinaan
Projek ialah satu proses atau aktiviti
yang melibatkan gabungan penggunaan sumber manusia dan bahan-bahan bagi
tujuan untuk menyiapkan sesuatu kerja. Terdapat dua peringkat utama
dalam perlaksanaan projek iaitu pra-kontrak dan pasca kontrak.
Peringkat pra kontrak adalah
melibatkan aktiviti dari mula projek termasuk proses rekabentuk sehingga
proses tender. Manakala peringkat pasca kontrak adalah melibatkan dari
proses penyerahan tapak sehingga proses pengeluaran perakaun muktamad.
Terdapat pelbagai pihak yang terlibat dalam perlaksanaan sesuatu projek yang boleh dikategorikan sebagai pihak utama atau key players dan pihak sampingan.
Pihak utama ini terdiri daripada
pihak-pihak seperti Klien, Arkitek, Jurutera Awam & Struktur,
Jurutera Mekanikal & Elektrikal, Juruukur Bahan dan Kontraktor.
Manakala pihak-pihak sampingan iaitu pihak yang terlibat secara tak
langsung terdiri seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pembekal,
Institusi Kewangan dan Lain-Lain.
Pihak-pihak utama seperti yang
dinyatakan tadi, merupakan pihak yang penting dan menjadi kunci kejayaan
kepada pelaksanaan sesuatu projek. Ringkasan tanggungjawab pihak-pihak
tersebut adalah diringkaskan seperti berikut:
(i) Pihak Klien.
Pihak klien atau gunawan, adalah
pihak yang juga dikenali sebagai pemilik atau pemunya. Ia
bertanggungjawab untuk menyediakan peruntukan atau bajet. Pihak klien
ini boleh terdiri daripada pihak kerajaan atau swasta. Pihak klien
ini mempunyai objektif utama iaitu mana-mana projek yang
dijalankan hendaklah disiapkan dalam masa ditetapkan dan tanpa ada
kelewatan serta pertambahan kos. Selain itu kualiti kerja yang
diperolehi mestilah dalam keadaan yang sempurna.
(ii) Pihak Arkitek
Pihak arkitek adalah pihak yang
bertanggungjawab untuk menyediakan rekabentuk bangunan berdasarkan
peruntukan dan kehendak yang disediakan oleh klien. Ia juga akan
bertindak mengawasi perlaksanaan projek daripada tarikh milik tapak
sehingga berakhirnya tempoh kecacatan kerja (DLP).
(iii) Pihak Jurutera Awam & Struktur
Pihak Jurutera Awan & Struktur adalah pihak yang bertanggungjawab untuk menyediakan rekabentuk struktur bangunan tersebut berdasarkan lukisan-lukisan yang dikeluarkan oleh pihak arkitek. Selain itu, ia juga bertindak untuk mengawasi dari segi perlaksanaan kerja-kerja yang melibatkan pembinaan struktur sepanjang tempoh pembinaan.
(iv) Pihak Jurutera Mekanikal & Elektrikal
Pihak Jurutera Mekanikal & Elektrikal adalah pihak yang bertanggungjawab untuk menyediakan rekabentuk keperluan mekanikal dan elektrikal berdasarkan lukisan-lukisan yang dikeluarkan oleh pihak arkitek. Selain itu, ia juga bertindak untuk mengawasi dari segi perlaksanaan kerja-kerja yang melibatkan mekanikal dan elektrikal sepanjang tempoh pembinaan.
(v) Pihak Juruukur Bahan
Pihak Juruukur Bahan adalah pihak yang bertanggungjawab untuk menguruskan pentadbiran kontrak daripada mula projek sehinggalah berakhir tempoh kecacatan kerja (DLP) termasuklah kerja penyediaan Senarai Kuantiti (BQ), Laporan Penilaian Tender, Pembayaran Interim, Pengurusan Perubahan Kerja (VO) dan Pengeluaraan Perakuan Muktamad Kerja. Selain itu, ia juga bertindak untuk menasihatkan klien dari segi kewangan bagi mengelakkan kos projek menjadi bertambah berbanding dengan peruntukan asal
(v) Pihak Kontraktor
Pihak kontraktor ialah pihak yang telah dilantik oleh pihak klien menerusi proses penilaian tender yang dijalankan oleh Perunding Ukur Bahan. Ia adalah bertanggungjawab untuk menyiapkan kerja berdasarkan tawaran harga yang diterima dan tempoh masa yang ditetapkan berdasarkan lukisan-lukisan yang dikeluarkan oleh pihak arkitek dan jurutera. Sekiranya, pihak kontraktor gagal menyiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan dengan tanpa alasan yang munasabah. Besar kemungkinan, ia akan dikenakan tindakan denda LAD atau penamatan kerja.
Pihak-pihak lain atau sampingan yang berada di dalam industri pembinaan juga adalah pihak yang terbabit secara tak langsung dan saling berkait antara satu sama lain. Antara pihak-pihak lain tersebut adalah seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Institusi Kewangan dan Pembekal.
Contohnya seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti Majlis Daerah/ Perbandaran, Syarikat Air, Bomba, Tenaga Nasional, Telekom atau Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) berperanan supaya projek yang akan dijalankan dapat dilaksanakan mengikut peraturan dan tidak menggangu kepentingan awam. Manakala, pihak insititusi kewangan seperti pihak bank atau syarikat insuran berperanan untuk menawarkan pembiyaan darisegi kewangan agar pihak kontraktor dapat meneruskan projek tanpa gangguan kewangan. Pihak pembekal pula, ialah pihak yang bertanggungjawab untuk membekal keperluan bahan dan mesin kepada kontraktor agar perlaksanaan kerja di tapak juga akan berjalan lancar.
Kesimpulannya, penglibatan ramai pihak yang merangkumi pihak-pihak utama dan pihak sampingan akan menjadikan perlaksanaan sesuatu projek tersebut perlu dikendalikan secara profesional. Ini adalah kerana untuk mengelakkan timbul sebarang masalah.

No comments:
Post a Comment